07 Ogos 2010
apabila dunia bergerak kebelakang!!
adakah dunia ini bergerak ke belakang?jika dilihat dalam konteks fizik,jelas ia adalah satu yang mustahil terjadi...namun jika dilihat dari aspek spiritual atau kerohanian ia adalah satu perkara yang telahpun terjadi,kita sedia maklum bahawa dunia kian menua..zaman dunia ini semakin menghampiri garisan penamatnya,dan disebalik garisan atau sempadan itu akan wujud satu lagi dunia yang akan kekal abadi..jika pergerakan dunia dikira sebagai peredaran positif masa,jelas kehidupan kita kini adalah menentang kepositifan masa..dunia kian menua dan menghampiri pensempadanan dunia namun kehidupan kita dengan pantasnya bergerak menjauhi ia..kehidupan kita kini seakan ingin kembali ke zaman permulaan dunia..sebagai bukti situasi ini cuba kita imbau kembali pada zaman jahiliah yang mana wanita hanya dilayan sebagai satu lambang keteguhan kejantanan seseorang lelaki atau boleh juga kita kelaskan sebagai objek sex bagi lelaki tersebut..kedudukan wanita adalah sehina hina kedudukan disisi masyarakat pada zaman jahiliah..kedatangan islam telah mengubah sosiokehidupan masyarakat sekaligus mengangkat martabat wanita ke semualia mulia kedudukan..jika dilihat dengan logik akal sudah semestinya kedudukan mulia ini ingin dikekalkan oleh semua insan,namun ia tidak terjadi dalam kalangan kita..kemuliaan taraf yang diunjjurkan islam tidak berjaya dikekalkan,malah lebih menyakitkan lagi wanita sendiri merelakan kedudukan mereka dihinakan..perhubungan luar nikah makin berleluasa,aurat yang mana selama ini adalah mahkota setiap wanita makin didedahkan untuk ditatap dengan percuma oleh kaum adam,kelembutan dan kesopanan yang dulunya adalah satu akhlak yang perlu ada dalam diri setiap wanita kini kian ditinggalkan..pernah satu ketika di indonesia golongan wanita di indonesia menentang pengharaman kerajaan untuk berbogel dalam sebarang aktiviti seni.mereka berhujah bahawa berbogel untuk seni itu bukanlah satu kesalahan dari sisi undang2..ini juga kian menular dalam negara kita.penggiat2 seni makin lantang berhujah ia perlu untuk memaparkan mesej dalam karya itu..adakah ia satu yang mendesak sehinggakan kejahilan digunakan hanya untuk mendapatkan kebaikan yang belum pasti akhirnya?jangan kerna hendak memaparkan aplikasi negatif zina kepada masyarakat dipaparkan rentetan penzinaan itu,jangan untuk menyekat gejala judi,dihalalkan judi atas nama kebajikan...jika kini itu semua terjadi,adalah satu yang tidak mestahil semua kebatilan lain akan dihalalkan..dan bilaman ini terjadi,maka jelaslah bahawasanya kehidupan kita ini adalah kian kebelakang dan bergerak menentang titik kepositifan dunia yang kian menua...renung renungkanlah...
25 Jun 2010
APABILA KERA DIHUTAN DISUSUKAN,ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN
"kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"saya bukannya nak bercerita tentang peribahasa melayu kat sini tetapi mengajak anda merenungkan nasib rakyat malaysia yang mengalami nasib sepertimana perpatah diatas...baru2 ini rakyat dikejutkan dengan kenyataan menteri di jabatan perdana menteri,Datuk Seri Idris Jala mengenai pendedahan beliau pada hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi yang mengatakan malaysia akan bankrap jika subsidi diteruskan.beliau mengatakan bahawa jumlah hutang negara akan meningkat 100% pada 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.itu dilihat seakan akan adanya pengambilan hak rakyat disini.bukan itu sahaja kepincangan yang berlaku kini,jika kita berbicara tentang kontek hak rakyat malaysia waktu sekarang,ianya terlalu banyak.baru2 ini kedengaran berita tentang kenaikan tol jambatan pulau pinang dari RM7 kini kepada RM9.40.ia adalah kenaikan 34% daripada kadar asal.alasan yang diberikan adalah kadar tol jambatan tersebut tidak naik sejak sekian lama.tapi apa yang menimbulkan kekeliruan adalah kenapa kerajaan setuju menurunkan kadar tol jambatan kedua singapura sebanyak 30%?adakah kebajikan pelancong singapura adalah lebih penting dimata kerajaan berbanding kebajikan rakyat malaysia sendiri?apakah rasionalnya tindakan kerajaan ini?Jika dilihat pada pendapatan perkapita rakyat dikedua dua negara,jelas ianya memperlihatkan jurang yang sangat besar.Pada tahun 2009,pendapatan perkapita rakyat malaysia adalah as$6244,manakala rakyat singapura adalah as#30,810.itu sudah cukup menunjukkan jurang ekonomi yang agak jauh antara rakyat kedua negara.jika ini diambil kira jelaslah bahawa kebajikan rakyat malaysia hurus menjadi prioriti bagi kerajaan.rakyat telah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga bahan keperluan asas,janganlah kerajaan menambah beban yang ditanggung rakyat dengan menarik subsidi atau kadar tol sewenang wenangnya.mungkin kerajaan akan memberi alasan bahawa kadar tol adalah diatas pihak konsesi.namun tidakkah kerajaan boleh membantu dengan mengekalkan subsidi.jangan dibiarkan rakyat menaggung kepayahan ini bersendirian,sesungguhnya duit kerajaan itu adalah milik rakyat malaysia,jadi haruslah dikembalikan kepada rakyat.pendapat saya ini adalah bersifat peribadi dan saya juga percaya rakyat malaysia di luar sana turut berasa sedemikian.diharap kerajaan dapat memberikan prioriti kepada rakyat malaysia dan bukan kepada orang luar..wassalam...
BILAMANA GERGASI DIRATAH SANG KERDIL...

sebelum bermulanya piala dunia FIFA afrika selatan...ramai menjangka akan berlakunya kejutan pada edisi piala dunia kali ini...dan semalam kita dikejutkan dengan keputusan perlawanan antara itali(juara bertahan)dengan slovakia yang mana berkesudahan juara bertahan itu tewas 2-3..keputusan ini bukan sahaja mematikan harapan pasukan itali untuk mempertahankan kejuaraan tetapi turut memberikan aib kepada mereka kerana tersingkir awal seawal peringkat kumpulan lagi..dan lebih memalukan,mereka berada ditangga terakhir kumpulan f dibelakang new zealand...edisi piala dunia kali ini telah banyak memperlihatkan kejutan..sebelum ini runner up edisi lalu prancis turut menerima nasib yang sama dengan pasukan itali...skuad prancis tanpa kelibat zinade zidane jelas dilihat agak kucar kacir ekoran sedikit masalah yang melanda pasukan itu,bermula dengan penyingkiran anelka dari pasukan dan protes sesi latihan dari pemain,permasalahan itu dilihat menjadi punca kegagalan mereka...antara siri kejutan lain adalah kekalahan spanyol kepada pasukan Switzerland 0-1,pasukan yang menjadi pasukan pilihan utama menjuarai edisi kali ini bermula dengan langkah yang agak tempang namun kemenangan 2-0 keatas honduras sedikit mengubat kekecewaan peminat mereka...mereka akan bertemu chile pagi esok untuk menentukan siapa akan layak ke peringkat seterusnya.ketika ini spanyol berada ditangga kedua dibelakang chile,mereka berkangsi mata bersama switzerland namun dibezakan dengan jumlah +/- jaringan ...adakah lebih banyak kejutan akan berlaku dalam edisi piala dunia fifa ini?..dan gergasi bola sepak mana lagi akan ditimpa nasib yang sama dengan itali dan prancis dalam edisi kali ini...sama2 kita nantikan....apapun diharap pasukan jepun akan berjaya mengikut jejak republik korea membawa deligasi asia untuk memecahkan dominasi kekuasaan eropah apabila dijadualkan bertemu denmark pada jam 02.30 pagi nanti...
23 Jun 2010
sabala(sabarlah)tshabalala..

afrika selatan gagal melayakkan diri ke pusingan kedua pila dunia,mungkin ada warga afrika selatan yang kecewa dengan keputusan nie..tapi pada aq,afrika selatan harus diberikan pujian kerana mereka berjaya memperaksikan aksi yang pada aq mantap la juga ketika depa menewaskan prancis tadi..meskipun depa menang perlawanan tadi,dan memugut mata yang sama dengan mexico,depa tetap tak layak ke pusingan kedua..walaupun tidak berjaya tetepi semangat yang mereka tunjukkan cukup untuk meniupkan semangat pasukan2 kerdil khususnya dari asia dan afrika yang seringkali gagal menyerlah diperingkat piala dunia ini..aq harapkan jugak la semangat yang ditunjukkan bafana bafana dapat juaga kita lihat bilamana korea main nanti..dan diikut jugakla oleh jepun dan negara2 afrika lain..supaya angin kuasa bola dunia akan bertiup bertentangan dari apa yang berlaku sekarang...mungkin suatu hari nanti j league atau k league tak pon liga2 negara afrika akan lebih terkenal dari epl,serie a,dan lain2 liga yang terkanal sekarang..sama2 kita nantikan....oooh akhir sekali,diharap juga pasukan malaysia dapat semangat yang sama sepertimana bafana bafana prolehi...dan buat bafana bafana biarpun anda tidak layak ke pusingan berikutnya...SABALA(SABARLAH)TSHABALALA.....
19 Jun 2010
orang lain ke ijazah sarjana muda,aq juga terperuk di diploma
mak aq suruh blaja,aq main2 mase spm dulu..orang lain dapat metrik,aq dapat la asasi uniten(swasta doe sakit nak membayarnya)seminggu di uniten penyakit datang menjerma,terpaksa aq meninggalkn uniten muadzam utk hanya terperuk dirumah utk kesekian kalinya....stengah tahun duk rumah aq dapat la panggilan uitm diploma kej mekanikal..biarpun tidaklah sehebat matrik ngan asasi....syukurla jugak sal ade gak tempat yang menerima diriku ini...baru2 nie member2 aq yang blaja metrik dapat la keputusan pemohonan upu dorang,sorang nie dapat um,sorang nie dapat usm,ukm,upm,uitm,utm dan pelbagai lagi la u u yang ade di malaysia ini..dorang buat degree,aq masih lagi terperuk di diploma ini...tapi takpe,aq rase diploma pun ok gak..stakat rugi setahun jer...ape2 pun aq nak la ucapkan tahniah kepade korang2 yang mane telah berjaya menyambung pengajian korang diperingkat degree....kpade member2 yang dapat buat degree kat uitm shah alam tu,tunggu la aq waktu korang tahun tiga aq pun masuk sana jugak..aq jadi junior korang la...akhirkata,kenang daku dalam mimpi mu...salam..
18 Jun 2010
kereta malaysia juga elok....

kalau kita sembang pasal kereta malaysia,kite mesti dengar orang kritik kau2 punye..depa cakap kereta malaysia tak elok,cepat rosak lah,tak cantik,tak de kualiti...aq nak cakap cikit doe,kereta malaysia memang tak berapa elok tapi aq tengok kereta luar juga lebih kurang je..kereta malaysia rosaknya pada power window,gearbox..kereta luar rosaknya pada pedal break,minyak..kalu rosak powerwindow tak mati doe,ape gune ade air-cond kalu lu orang nak bukak tingkap?kalu rosak pedal minyak@break leh mati doe..dulu proton panggil balik savvy kluaran pertama sal ade masalah gandar,aq selalu la dengar member2 aq yang mane gile sangat kereta jepun dok kutuk kau2 kat proton..aq panas gak doe,sal aq nie leh dikatakan insan yang memiliki semangat patriotik yang tinggi,mane leh dengar mane2 perkara yang berkaitan dengan negaraku yang aq cintai ini dikutuk oleh bangsatwan2 malaysia yang sering memperkotak-katikkan negara mereka sendiri..tapi waktu tu aq diam je la sal betul gak ade bengap nya pada tindakan proton itu..tapi tu tak lama dalam masa pastu aq ade gak dengar kia pon ade panggil balik kereta depa..baru2 nie kite ade dengar gergasi2 kereta jepun yang mane member2 aq dok gila2kan tu(toyota&honda)pangil balik kereta depa sluruh dunia sal ade rosak kat pedal break...ha waktu nie la aq dapat membalas balik tindakan mereka itu,jelas terpampang wajah malu yang teramat sangat pada muka depa setelah aq berhujah kau2 kat depa...akhir sekali la doe,aq nak bagi nasihat kat korang...korang nak suka kereta lua pon aq tak marah korang..itu hak korang la,korang punya suka la kan...tapi jangan la korang dok kutuk kereta malaysia kau2..kereta malaysia pon ade menang anugerah gak..saga,persona pernah menang kereta terbaik asia pasifik bagi kategori masing2..viva pernah menang most fuel efficient...kereta malaysia juga elok...
salam pengenalan..
syukur alhamdulillah akhirnye aq buat jugak blog nie..setelah seminggu lebih aq membiarkan pemikiran aq ini termomok dengan rasa ketakutan dikenakan tindakan ISA@OSA ekoran tulisan aq yang mungkin akan terbincangkan satu isu yang mana boleh dimanupulasi pihak2 berkemungkinan terasa hati ekoran kehenseman yg jelas terpancar dari diriku ini(jelas nur kehenseman nya)hehehe...namun setelah aq memikirkan sedalam dalamnya,akhirnya aq buat la jugak blog nie...terima kasih kepada menteri penerangan,kebudayaan&komunikasi dato seri rais yatim yang mengeluarkan kenyataan bahawa kewujudan lebih 2 juta bloggers di malaysia bukti kebebasan media di malaysia,beliau turut berkata blogger2 di malaysia bebas melaporkan tanpa disekat oleh kerajaan..kenyataan yang beliau keluarkan itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kerisauan aq untuk membuat blog ini.....
Langgan:
Catatan (Atom)