25 Jun 2010

BILAMANA GERGASI DIRATAH SANG KERDIL...


sebelum bermulanya piala dunia FIFA afrika selatan...ramai menjangka akan berlakunya kejutan pada edisi piala dunia kali ini...dan semalam kita dikejutkan dengan keputusan perlawanan antara itali(juara bertahan)dengan slovakia yang mana berkesudahan juara bertahan itu tewas 2-3..keputusan ini bukan sahaja mematikan harapan pasukan itali untuk mempertahankan kejuaraan tetapi turut memberikan aib kepada mereka kerana tersingkir awal seawal peringkat kumpulan lagi..dan lebih memalukan,mereka berada ditangga terakhir kumpulan f dibelakang new zealand...edisi piala dunia kali ini telah banyak memperlihatkan kejutan..sebelum ini runner up edisi lalu prancis turut menerima nasib yang sama dengan pasukan itali...skuad prancis tanpa kelibat zinade zidane jelas dilihat agak kucar kacir ekoran sedikit masalah yang melanda pasukan itu,bermula dengan penyingkiran anelka dari pasukan dan protes sesi latihan dari pemain,permasalahan itu dilihat menjadi punca kegagalan mereka...antara siri kejutan lain adalah kekalahan spanyol kepada pasukan Switzerland 0-1,pasukan yang menjadi pasukan pilihan utama menjuarai edisi kali ini bermula dengan langkah yang agak tempang namun kemenangan 2-0 keatas honduras sedikit mengubat kekecewaan peminat mereka...mereka akan bertemu chile pagi esok untuk menentukan siapa akan layak ke peringkat seterusnya.ketika ini spanyol berada ditangga kedua dibelakang chile,mereka berkangsi mata bersama switzerland namun dibezakan dengan jumlah +/- jaringan ...adakah lebih banyak kejutan akan berlaku dalam edisi piala dunia fifa ini?..dan gergasi bola sepak mana lagi akan ditimpa nasib yang sama dengan itali dan prancis dalam edisi kali ini...sama2 kita nantikan....apapun diharap pasukan jepun akan berjaya mengikut jejak republik korea membawa deligasi asia untuk memecahkan dominasi kekuasaan eropah apabila dijadualkan bertemu denmark pada jam 02.30 pagi nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan