25 Jun 2010
APABILA KERA DIHUTAN DISUSUKAN,ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN
"kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"saya bukannya nak bercerita tentang peribahasa melayu kat sini tetapi mengajak anda merenungkan nasib rakyat malaysia yang mengalami nasib sepertimana perpatah diatas...baru2 ini rakyat dikejutkan dengan kenyataan menteri di jabatan perdana menteri,Datuk Seri Idris Jala mengenai pendedahan beliau pada hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi yang mengatakan malaysia akan bankrap jika subsidi diteruskan.beliau mengatakan bahawa jumlah hutang negara akan meningkat 100% pada 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.itu dilihat seakan akan adanya pengambilan hak rakyat disini.bukan itu sahaja kepincangan yang berlaku kini,jika kita berbicara tentang kontek hak rakyat malaysia waktu sekarang,ianya terlalu banyak.baru2 ini kedengaran berita tentang kenaikan tol jambatan pulau pinang dari RM7 kini kepada RM9.40.ia adalah kenaikan 34% daripada kadar asal.alasan yang diberikan adalah kadar tol jambatan tersebut tidak naik sejak sekian lama.tapi apa yang menimbulkan kekeliruan adalah kenapa kerajaan setuju menurunkan kadar tol jambatan kedua singapura sebanyak 30%?adakah kebajikan pelancong singapura adalah lebih penting dimata kerajaan berbanding kebajikan rakyat malaysia sendiri?apakah rasionalnya tindakan kerajaan ini?Jika dilihat pada pendapatan perkapita rakyat dikedua dua negara,jelas ianya memperlihatkan jurang yang sangat besar.Pada tahun 2009,pendapatan perkapita rakyat malaysia adalah as$6244,manakala rakyat singapura adalah as#30,810.itu sudah cukup menunjukkan jurang ekonomi yang agak jauh antara rakyat kedua negara.jika ini diambil kira jelaslah bahawa kebajikan rakyat malaysia hurus menjadi prioriti bagi kerajaan.rakyat telah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga bahan keperluan asas,janganlah kerajaan menambah beban yang ditanggung rakyat dengan menarik subsidi atau kadar tol sewenang wenangnya.mungkin kerajaan akan memberi alasan bahawa kadar tol adalah diatas pihak konsesi.namun tidakkah kerajaan boleh membantu dengan mengekalkan subsidi.jangan dibiarkan rakyat menaggung kepayahan ini bersendirian,sesungguhnya duit kerajaan itu adalah milik rakyat malaysia,jadi haruslah dikembalikan kepada rakyat.pendapat saya ini adalah bersifat peribadi dan saya juga percaya rakyat malaysia di luar sana turut berasa sedemikian.diharap kerajaan dapat memberikan prioriti kepada rakyat malaysia dan bukan kepada orang luar..wassalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan