21 Disember 2010

DARI BUKIT JALIL KE BUKIT BINTANG!!!!




15 hari bulan skuad malaysia menerima kunjungan vietnam utk pertembungan sparuh akhir piala aff suzuki.malam tu sejarah memaparkan kembali semangat penyokong skuad negara berada ditahap maksima sepertimana satu ketika dahulu.sudah lama rasanye BUKIT JALIL tidak sepenuh itu ketika skuad negara turun beraksi.hanya penuh jika akhir piala malaysia dan perlawanan pertunjukan klub2 ternama dunia saja,itupun bukan dipenuhi oleh penyokong skuad negara tapi dipenuhi peminat klub2 inggeris itu je!!tapi itu semua berbeza dgn apa yg dipertontonkan pada 15 hari bulan lalu.jiwa dan harapan yg ikhlas begitu dirasai sehinggakan membantu menaikkan semangat pemain2 malaysia.corak permainan yg ditunjukkan oleh pemain2 begitu meyakinkan, berbeza dgn corak permainan mereka ketika peringkat kumpulan dulu.setiap posisi berfungsi dgn baik termasuk barisan pertahanan yg menunjukkan aksi longlai pada peringkat kumpulan,dgn kuasa pemain ke13 yg diberikan penyokong malaysia,skuad negara berjaya menundukkan vietnam 2-0, memberikan bekalan selesa buat pemain bimbingan k rajagopal......
gelombang semangat ultras malaya tidak berhenti disitu saja.pada 18 hari bulan,skuad negara menjadi tetamu kepada skuad vietnam di hanoi..meskipun sukar penyokong malaysia ke sana.!namun keikhlasan sokongan rakyat malaysia berjaya dihantar ke hanoi dgn tayangan skrin besar perlawanan siaran secara langsung dari hanoi di BUKIT BINTANG.program anjuran kementerian belia dan sukan itu berjaya merapatkan sorakan penyokong setia malaysia utk dikumpulkan dan dihantar ke hanoi utk mengiringi perjuangan skuad negara.alhamdulillah berkat sokongan ikhlas rakyat malaysia membolehkan skuad negara seri 0-0 seterunya memenangi separuh akhir dgn agreget 2-0.membolehkan kita mara ke final bertemu INDONESIA,pasukan yg telah membenam skuad negara dgn kekalahan 5-1 pada peringkat kumpulan dulu.!! diharap kuasa pemain ke13 dapat terus mengiringi perjuangan skuad negara yg akan turun mempertahankan maruah negara kita pada 26 haribulan ini di BUKIT JALIL dan 29 haribulan di GELORA BUNG KARNO..ayuh satukan sorakan kita utk kejayaan MALAYSIA di piala aff suzuki ini!!!!MALAYSIA BOLEH!!!!..

1 ulasan: