



perkabaran terbaru dunia formula satu agak memeningkan kepala.perkabaran terbaru mengatakan akan wujud dua pasukan yg menpunyai nama yang sama iaitu "lotus".lebih merumitkan lagi kedua dua menggunakan renault sebagai pembekal engine!.lotus gruop iaitu anak syarikat proton telah membeli pegangan renault dalam pasukan f1 renault menjadikan mereka sebagai pemegang kedua selepas genii capital dari rusia.situasi ini menyebabkan pasukan f1 renault akan mengalami penjenamaan semula dgn dikenali sebagai lotus renault gp bagi perlumbaan sesi 2011.di kem tony fernandes ketua pasukan lotus racing pula memperlihatkan mereka mendapat kelulusan fia untuk mengubah nama pasukan mereka kepada team lotus bagi saingan 2011.maka akan jadilah situasi yg dijangka akan memeningkan kepala peminat2 sukan permotoran ini yg mana akan mewujudkan kekeliruan apabila empat jentera akan berlumba dgn nama lotus-renault tetapi bukan dari pasukan yg sama.berkemungkinan juga akan bertambah keliru para peminat apabila kedua duanya begitu tegas dgn pendirian akan menggunakan warna rasmi pasukan classic lotus iaitu hitam emas sebagai warna rasmi pasukan masing-masing.jika dilihat kepada siapa yg lebih berhak terhadap brand lotus itu,saya berpendapat ia seharusnya menjadi hak kepada lotus group(proton)kerana mereka adalah pemilik asal kepada brand itu.fernandes tidak seharusnya mengatakan mereka berhak terhadap brand itu kerana mereka pada asalnya hanya mendapat lesen dari proton utk menggunakan brand itu bagi memudahkan usaha penarikan pelabur luar melabur didalam pasukan yg pada asalnya diwar warkan akan menggunakan nama one malaysia f1 team.tiada prioriti yg saya lihat condong kearah kem fernandes tentang hak keatas brand ini kerana mereka menggunakan cosworth sebagai engine bagi musim 2010 dan dijangka akan menggunakan renault sebagai pembekal teknologi bagi musim 2011.berbeza dengan kem yg satu lagi..meskipun juga menggunakan renault sebagai engine,pasukan itu masih lagi lotus kerana teknologi yg digunakan adalah dari lotus engineering.jadi seharusnya fernandes akur dgn kenataan itu..satu lagi dalil yg sepatutnya fernandes terima adalah,team lotus lahir di norfolk bukannya di malaysia!!seharusnya fernandes kembali kepada idea asal penubuhan pasukannya iaitu mengangkat nama malaysia dalam sukan permotoran ini,kembalikan harapan rakyat yg diajanjikan nama malaysia diangkat dalam sukan ini bukannya lotus.biarkan nama itu digunakan oleh orang yg lebih berhak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan