21 Disember 2010

DARI BUKIT JALIL KE BUKIT BINTANG!!!!




15 hari bulan skuad malaysia menerima kunjungan vietnam utk pertembungan sparuh akhir piala aff suzuki.malam tu sejarah memaparkan kembali semangat penyokong skuad negara berada ditahap maksima sepertimana satu ketika dahulu.sudah lama rasanye BUKIT JALIL tidak sepenuh itu ketika skuad negara turun beraksi.hanya penuh jika akhir piala malaysia dan perlawanan pertunjukan klub2 ternama dunia saja,itupun bukan dipenuhi oleh penyokong skuad negara tapi dipenuhi peminat klub2 inggeris itu je!!tapi itu semua berbeza dgn apa yg dipertontonkan pada 15 hari bulan lalu.jiwa dan harapan yg ikhlas begitu dirasai sehinggakan membantu menaikkan semangat pemain2 malaysia.corak permainan yg ditunjukkan oleh pemain2 begitu meyakinkan, berbeza dgn corak permainan mereka ketika peringkat kumpulan dulu.setiap posisi berfungsi dgn baik termasuk barisan pertahanan yg menunjukkan aksi longlai pada peringkat kumpulan,dgn kuasa pemain ke13 yg diberikan penyokong malaysia,skuad negara berjaya menundukkan vietnam 2-0, memberikan bekalan selesa buat pemain bimbingan k rajagopal......
gelombang semangat ultras malaya tidak berhenti disitu saja.pada 18 hari bulan,skuad negara menjadi tetamu kepada skuad vietnam di hanoi..meskipun sukar penyokong malaysia ke sana.!namun keikhlasan sokongan rakyat malaysia berjaya dihantar ke hanoi dgn tayangan skrin besar perlawanan siaran secara langsung dari hanoi di BUKIT BINTANG.program anjuran kementerian belia dan sukan itu berjaya merapatkan sorakan penyokong setia malaysia utk dikumpulkan dan dihantar ke hanoi utk mengiringi perjuangan skuad negara.alhamdulillah berkat sokongan ikhlas rakyat malaysia membolehkan skuad negara seri 0-0 seterunya memenangi separuh akhir dgn agreget 2-0.membolehkan kita mara ke final bertemu INDONESIA,pasukan yg telah membenam skuad negara dgn kekalahan 5-1 pada peringkat kumpulan dulu.!! diharap kuasa pemain ke13 dapat terus mengiringi perjuangan skuad negara yg akan turun mempertahankan maruah negara kita pada 26 haribulan ini di BUKIT JALIL dan 29 haribulan di GELORA BUNG KARNO..ayuh satukan sorakan kita utk kejayaan MALAYSIA di piala aff suzuki ini!!!!MALAYSIA BOLEH!!!!..

10 Disember 2010

siapa rase cerita hantu kak limah balik rumah best sile angkat tangan macam saye!!


9 disember melihatkan sutradara mamak khalid kembali menggila dgn garapan cerita beliau yg terbaru berjudul "hantu kak limah balik rumah".niat hati nak la pi tengok cite nie.tapi apekan daya "big cinema" sitiawan tak la pulak ambik cite nie utk ditayangkan.geram pon ade rasenye..punye la semangat nak tengok,alik2 x ditayangkan kat sini."kay sini tak amik la adik,nak tengok kat ipoh ade"kate abang india kaunter wayang tu la..ayo yo!!nak kene pegi ipoh baru leh tengok cite nie ker?..takpe la,tengok trailer die pon jadi la..sape2 yg dah tengok tu kalau rase cite nie best silele angkat tangan macam saye!!!

lotus vs lotus





perkabaran terbaru dunia formula satu agak memeningkan kepala.perkabaran terbaru mengatakan akan wujud dua pasukan yg menpunyai nama yang sama iaitu "lotus".lebih merumitkan lagi kedua dua menggunakan renault sebagai pembekal engine!.lotus gruop iaitu anak syarikat proton telah membeli pegangan renault dalam pasukan f1 renault menjadikan mereka sebagai pemegang kedua selepas genii capital dari rusia.situasi ini menyebabkan pasukan f1 renault akan mengalami penjenamaan semula dgn dikenali sebagai lotus renault gp bagi perlumbaan sesi 2011.di kem tony fernandes ketua pasukan lotus racing pula memperlihatkan mereka mendapat kelulusan fia untuk mengubah nama pasukan mereka kepada team lotus bagi saingan 2011.maka akan jadilah situasi yg dijangka akan memeningkan kepala peminat2 sukan permotoran ini yg mana akan mewujudkan kekeliruan apabila empat jentera akan berlumba dgn nama lotus-renault tetapi bukan dari pasukan yg sama.berkemungkinan juga akan bertambah keliru para peminat apabila kedua duanya begitu tegas dgn pendirian akan menggunakan warna rasmi pasukan classic lotus iaitu hitam emas sebagai warna rasmi pasukan masing-masing.jika dilihat kepada siapa yg lebih berhak terhadap brand lotus itu,saya berpendapat ia seharusnya menjadi hak kepada lotus group(proton)kerana mereka adalah pemilik asal kepada brand itu.fernandes tidak seharusnya mengatakan mereka berhak terhadap brand itu kerana mereka pada asalnya hanya mendapat lesen dari proton utk menggunakan brand itu bagi memudahkan usaha penarikan pelabur luar melabur didalam pasukan yg pada asalnya diwar warkan akan menggunakan nama one malaysia f1 team.tiada prioriti yg saya lihat condong kearah kem fernandes tentang hak keatas brand ini kerana mereka menggunakan cosworth sebagai engine bagi musim 2010 dan dijangka akan menggunakan renault sebagai pembekal teknologi bagi musim 2011.berbeza dengan kem yg satu lagi..meskipun juga menggunakan renault sebagai engine,pasukan itu masih lagi lotus kerana teknologi yg digunakan adalah dari lotus engineering.jadi seharusnya fernandes akur dgn kenataan itu..satu lagi dalil yg sepatutnya fernandes terima adalah,team lotus lahir di norfolk bukannya di malaysia!!seharusnya fernandes kembali kepada idea asal penubuhan pasukannya iaitu mengangkat nama malaysia dalam sukan permotoran ini,kembalikan harapan rakyat yg diajanjikan nama malaysia diangkat dalam sukan ini bukannya lotus.biarkan nama itu digunakan oleh orang yg lebih berhak.

09 November 2010

akan terus hanyut bangsaku bersama keheningan malam..

dewasa kini sering kita dengar bahawa masalah sosial telah menjadi semakin membimbangkan..mana kes buang bayi nye,plajar sekolah larikan diri ikut kekasihlah,pergaulan bebas dan macam2 lagi masalah..sedang ramai antara kita bersusah payah memikirkan jalan yang sesuai menyelesaikannya,sebuk pula segelintir pihak cuba menanbah masalah..terkejut jugak aq bila terbaca cadangan pihak2 berwajib yang akan menjadikan negara kita yang dicintai ini sebagai hub hiburan malam!!tidakkah mereka terfikir dengan terlaksananya dasar mereka itu akan menambahkan lagi bisa dalam kalangan masyarakat?..adakah wajar kesantunan sosio budaya masyarakat dicabul hanya untuk kepentingan menjana ekonomi?..jika wajar kata mereka,tidak terfikirkah mereka bahawa sesuatu tamadun itu terwujud dengan kesantunan budaya masyarakatnya!...cuba kita bayangkan jika dijalankan dasar ini,memang ekonomi negara akan berkembang dgn pesatnya tetapi itu bukan untuk tempoh masa yang panjang..dan apabila goyahnya kesantunan budaya masyarakat bukan sahaja ekonomi yang merudum tetapi tamadun ini sendiri turut akan menerima implikasi yang teruk..jadi aq merasakan cadangan ini tidak seharusnya terus dijalankan kerana ia dilijhat akan memberi tanggapan negatif dunia keatas tamadun kita yang berpaksikan islam sebagai pegangan!!...cukup dengan penganjuran islamic fesyen fastival yang cukup menghina kesantunan tamadun ini jangan ditambah lagi..jangan sampai negara ini digelar las vegas asia atau holywood asia dan lain2 tempat setan bertandang baru kita mahu memuhasabahkan diri..

18 Oktober 2010

rakyat akan kenyang dengan banggunan 100 tingkat.

jumaat lalu telah mencatatkan satu sejarah apabila rakyat disajikan dengan hidangan perkhabaran indah bahawa kerajaan akan memberikan bonus kepada rakyat bukan hanya dengan sebulan gaji,dua bulan gaji mahupun tiga bulan gaji,tetapi rakyat akan menerima sumbangan istimewa kerajaan iaitu bonus dalam bentuk longgokan batu-bata setinggi 100 tingkat.ini dilihat sebagai niat baik kerajaan yang mana memberikan rakyat lebih daripada apa yang mereka kehendaki.rakyat khususnya kakitangan awam hanya memohon perkenan pihak kerajaan memberikan mereka peruntukan 3.1 billion dalam bentuk bonus satu bulan gaji,rakyat umpaya menerima durian runtuh kerana 3.1 billion diminta 5 billion diberi.cuba bayangkan bertapa kenyangnya rakyat apabila projek ini diagihkan kepada seluruh rakyat malaysia ini?.bukan itu saja niat baik kerajaan.pihak kerajaan juga telah menampakkan keperihatinan mereka dengan menguar-uarkan bahawa segala bentuk keperluan asas seperti beg tangan,kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam,seluar luar dan dalam serta kelambu malam pengantin akan dikecualikan duti import sekaligus menyebabkan kos untuk mendapatkan keperluan asas ini dapat diturunkan.niat baik ini dilihat dapat membantu rakyat hidup didalam kekenyangan.kerajaan juga mengatakan barangan lain yang tidak memberikan faedah kepada rakyat tidak akan menerima pengecualian duti import sebagaimana keperluan asas yang tercatit diatas.antara barangan tersebut adalah cili merah,kentang,kobis dan sebagainya.ini terjadi kerana barangan itu bukanlah keperluan dalam kehidupan rakyat,ia hanyalah kehendak.rakyat diharap tidak akan membantah ucaha murni ini kerana rakyat begitu memerlukan banggunan 100 tingkat dan pakaian luar dan dalam untuk meneruskan hidaup bukan cili,kentang,kobis dan barangan mewah lain....

18 September 2010

masa suka suki bakal berakhir..

stelah 14 hari yg penuh dgn aktiviti suka suki..hidup ini akan kembali diselubungi ketakutan atau fobia apabila waktu2 suram akan kembali menyelubungi diri ini..hidup yg mana dipenuhi dgn kod2 pelik...mec 111,mec 131,mem 160,phy 193,mat 183,bel 260,ctu 151....apakah kod itu...bagaimana bisa aq lupa akan kod2 yg bakal meranapkan mimpi2 bahagia ku?mompi yg dipenuhi dgn segala aktiviti suka suki...arghhh tidakkah bisa hidup ini berdiri tanpa adanya masa itu?....arghhh kenapa perlu dirampas masa bahagia cuti raya wahai waktu belajar?...mengapa?mengapa?!!!!!!!arghhhhhh...

07 Ogos 2010

apabila dunia bergerak kebelakang!!

adakah dunia ini bergerak ke belakang?jika dilihat dalam konteks fizik,jelas ia adalah satu yang mustahil terjadi...namun jika dilihat dari aspek spiritual atau kerohanian ia adalah satu perkara yang telahpun terjadi,kita sedia maklum bahawa dunia kian menua..zaman dunia ini semakin menghampiri garisan penamatnya,dan disebalik garisan atau sempadan itu akan wujud satu lagi dunia yang akan kekal abadi..jika pergerakan dunia dikira sebagai peredaran positif masa,jelas kehidupan kita kini adalah menentang kepositifan masa..dunia kian menua dan menghampiri pensempadanan dunia namun kehidupan kita dengan pantasnya bergerak menjauhi ia..kehidupan kita kini seakan ingin kembali ke zaman permulaan dunia..sebagai bukti situasi ini cuba kita imbau kembali pada zaman jahiliah yang mana wanita hanya dilayan sebagai satu lambang keteguhan kejantanan seseorang lelaki atau boleh juga kita kelaskan sebagai objek sex bagi lelaki tersebut..kedudukan wanita adalah sehina hina kedudukan disisi masyarakat pada zaman jahiliah..kedatangan islam telah mengubah sosiokehidupan masyarakat sekaligus mengangkat martabat wanita ke semualia mulia kedudukan..jika dilihat dengan logik akal sudah semestinya kedudukan mulia ini ingin dikekalkan oleh semua insan,namun ia tidak terjadi dalam kalangan kita..kemuliaan taraf yang diunjjurkan islam tidak berjaya dikekalkan,malah lebih menyakitkan lagi wanita sendiri merelakan kedudukan mereka dihinakan..perhubungan luar nikah makin berleluasa,aurat yang mana selama ini adalah mahkota setiap wanita makin didedahkan untuk ditatap dengan percuma oleh kaum adam,kelembutan dan kesopanan yang dulunya adalah satu akhlak yang perlu ada dalam diri setiap wanita kini kian ditinggalkan..pernah satu ketika di indonesia golongan wanita di indonesia menentang pengharaman kerajaan untuk berbogel dalam sebarang aktiviti seni.mereka berhujah bahawa berbogel untuk seni itu bukanlah satu kesalahan dari sisi undang2..ini juga kian menular dalam negara kita.penggiat2 seni makin lantang berhujah ia perlu untuk memaparkan mesej dalam karya itu..adakah ia satu yang mendesak sehinggakan kejahilan digunakan hanya untuk mendapatkan kebaikan yang belum pasti akhirnya?jangan kerna hendak memaparkan aplikasi negatif zina kepada masyarakat dipaparkan rentetan penzinaan itu,jangan untuk menyekat gejala judi,dihalalkan judi atas nama kebajikan...jika kini itu semua terjadi,adalah satu yang tidak mestahil semua kebatilan lain akan dihalalkan..dan bilaman ini terjadi,maka jelaslah bahawasanya kehidupan kita ini adalah kian kebelakang dan bergerak menentang titik kepositifan dunia yang kian menua...renung renungkanlah...