masyarakat seringkali berpendapat hari valentine adalah hari untuk memperingati kekasih tanpa mencoba untuk memahami konspirasi disebalik hari tersebut. hari yang mana anak-anak muda begitu leka dibuai kenikmatan hari tersebut tanpa menyedari bahawa mereka telah terjerumus kedalam mukadimah kemaksiatan.penyaduran budaya yang berlaku ekoran interaksi antara tamadun manusia menyebabkan makna sebenar disebalik peristiwa itu ditafsirkan dalam berbagai perspektif.umum berpendapat bahawa hari valentine ini adalah hari untuk memperingati kekasih.
14 FEB setiap tahun menyaksikan ribuan anak muda terjerumuh kelembah maksiat gara-gara begitu taksub akan tafsiran songsang bahawa tanggal ini adalah tanggal azimat untuk mereka melafas dan menzahirkan rasa cinta mereka pada kekasih hati mereka.
adakah kita memahami makna disebalik tanggal ini?.
ada berbagai versi pendapat yang membincangkan asal usul hari valentine ini. dan kesemuanya dilihat boleh mendatangkan aplikasi negatif kepada ummat islam dengan merosakkan akidah ummat.
pendapat pertama.
Valentine jelas berkait-rapat dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.lalu nama beliau diabadikan diatas ketabahan beliau mempertahankan cintanya.
pendapat kedua.
ada yang mengaitkan hari valentine dengan perayaan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah peti. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
pendapat ketiga,
Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Tmadun Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
pendapat keempat,
menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa istilah "Valentine" adalah berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi". pendangan tersebut adalah pandangan yang dilontarkan oleh Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It?.
jadi jelaslah bahawa hari tersebut adalah satu hari yang membawa jutaan rahsia yang mana rahsia itu merupakan cara musuh islam mengotorkan kesucian islam dan membawa ummat islam ke lembah kemaksiatan!!
Wallahualam bi shawab
blog komuniti aku
aq tulis apa yg aq mahu tulis!!!
14 Februari 2011
22 Disember 2010
nasionalisme ekstream!!


mesti semua orang tahukan apa makna nasionalisme itu!!pada dasarnya nasionalisme adalah satu sikap yg penting dalam menjamin keutuhan sesuatu tamadun itu.ini kerana tanpa sikap nasionalisme dan jati diri yg kuat bermakna keutuhan sesuatu tamadun itu adalah longlai..namun apa yg dibimbangkan adalah interprestasi seseorang terhadap nilai ini yg tidak selari dgn tujuan sbenar atau harapan sebenar nasionalisme..nasionalisme yg ekstream misalnya telah menjadi punca kepada banyak permasalahan hubungan interaksi antara tamadun..
regim(zionis)misalnya menganggap mereka adalah bangsa yg terbaik didunia dan itu menjadi dakyah mereka menghalalkan penempatan haram mereka dibumi baitul maqdis(jerusalem setelah di israelisasikan)kerana mereka adalah bangsa yg selayaknya menetap di tanah suci itu..nasionalisme yg ekstream juga memainkan peranan dalam kejatuhan kerjaan2 unggul islam..sebagai contoh kerajaan abbasiyah yg mana diakhir zaman pemerintahannya berlakunya masalah perkauman yg teruk sehinggakan mengecilkan hati sesetengah pihak sekaligus menyebabkan rasa tidak puas hati menular dalam jiwa mereka sehinggakan tuntutan agama yg menghalang permusuhan sesama islam diketepikan..
negara kita juga tidak terkecuali dgn nasinalisme ekstream ini..tragedi 13 mei yg tercetus atas dasar ini telah mencatit sejarah hitam dalam kamus tamadun negara kita ini..tragedi yg tercetus atas dasar perkauman terjadi apabila kerajaan dinafikan majoriti 2 per 3 oleh parti pembangkang khususnya parti berdasarkan kaum(DAP,GERAKAN,dan PPP)..masalah nasionalisme turt dilihat cuba dimainkan kembali ketika ini dgn parti2 politik tidak kira yg memegang tampuk kekuasaan mahupun yg bertindak sebagai pembangkang begitu asyik mendendangkan dasar ketuanan bangsa masing2 tanpa memikirkan ia akan memberikan impak yg nagatif dalam interaksi antar kaum di negara ini..tapi bukan itu yg menarik minat saya utk difikirkan..apa yg menjadi keutamaan utk saya bincangkan adalah permasalahan hubungan MALAYSIA-INDONESIA yg makin lama semakin rumit utk dirungkaikan!!ini gara2 INDONESIA menuduh MALAYSIA sebagai pencuri yg mencuri kebudayaan mereka,bermula dgn isu tarian pendet melarat ke isu batik..pada saya memang benar kesalahan harus diletakkan kepada pihak MALAYSIA atas isu tarian pendet kerana saya sebagai rakyat negara ini pun tidak pernah sama sekali mendengar atau menyaksikan tarian ini,bagaimana boleh kita mengaku ia adalah hak kita?..namun atas isu2 lain saya tidak setuju jika kesalahan itu diletak atas bahu MALAYSIA kerana batik khususnya memang berasal dari INDONESIA namun harus diingatkan bahawa batik MALAYSIA berbeza sama sekali dgn batik INDONESIA!!INDONESIA tidak seharusnya menyalahkan MALAYSIA dgn menuduh kami sebagai pencuri kerana kebudayaan itu adalah lahir dari satu asas yg sama iaitu asas rumpun melayu..kebudayaan melayu tidak hanya wujud di MALAYSIA dan INDONESIA tapi turut wujud di negara2 asas melayu seperti SRI LANKA dan kawasan kepulauan NUSANTARA..permasalahan ini tidak hanya melibatkan isu kebudayaan sahaja,ia turut menular kedalam kancah sukan.dapat kita saksikan ketika pusingan awal piala suzuki aff yg menyaksikan MALAYSIA menentang INDONESIA,penyokong tuan rumah berperlakuan tidak sopan apabila lagu kebangsaan MALAYSIA(NEGARAKU) dimainkan..mereka tidak menghormatinya dgn menjerit maling(pencuri) mungkin kerana pada mereka lagu itu adalah hasil ciplakan dari lagu mereka iaitu terang bulan..menarik utk saya katakan disini apabila seorang sejarawa INDONESIA mengatakan INDONESIA tidak seharusnya membangkitkan isu tersebut kerana lagu terang bulan itu sendiri adalah hasil ciplakan mereka dari lagu perancis hasil tulisan PIERRE JEAN DE BERANGER!!
pada saya seharusnya nasionalisme diletakkan pada tempat yg sepatutnya bukan utk membuktikan siapa lebih hebat tetapi utk dijadikan sebagai benteng terakhir mempertahankan sesebuah tamadun dari lenyap daripada muka bumi ini!!pada rakyat MALAYSIA-INDONESIA hentikanlah perbalahan kita..lupakan siapa yg lebih berhak keatas RASA SAYANGE..BATIK..NEGARAKU..TARIAN PENDET..dan sebagainya kerana pada dasarnya kita adalah sama,insan yg lahir dari satu rumpun melayu(nusantara)..siapa menang pun akhirnya sejarah kembali kepada induk yg sama juga, jadi ketepikan nasionalisme ekstream ini bagi meneruskan kelangsungan kemakmuran dimuka bumi ciptaan ALLAH SWT..
21 Disember 2010
DARI BUKIT JALIL KE BUKIT BINTANG!!!!

15 hari bulan skuad malaysia menerima kunjungan vietnam utk pertembungan sparuh akhir piala aff suzuki.malam tu sejarah memaparkan kembali semangat penyokong skuad negara berada ditahap maksima sepertimana satu ketika dahulu.sudah lama rasanye BUKIT JALIL tidak sepenuh itu ketika skuad negara turun beraksi.hanya penuh jika akhir piala malaysia dan perlawanan pertunjukan klub2 ternama dunia saja,itupun bukan dipenuhi oleh penyokong skuad negara tapi dipenuhi peminat klub2 inggeris itu je!!tapi itu semua berbeza dgn apa yg dipertontonkan pada 15 hari bulan lalu.jiwa dan harapan yg ikhlas begitu dirasai sehinggakan membantu menaikkan semangat pemain2 malaysia.corak permainan yg ditunjukkan oleh pemain2 begitu meyakinkan, berbeza dgn corak permainan mereka ketika peringkat kumpulan dulu.setiap posisi berfungsi dgn baik termasuk barisan pertahanan yg menunjukkan aksi longlai pada peringkat kumpulan,dgn kuasa pemain ke13 yg diberikan penyokong malaysia,skuad negara berjaya menundukkan vietnam 2-0, memberikan bekalan selesa buat pemain bimbingan k rajagopal......
gelombang semangat ultras malaya tidak berhenti disitu saja.pada 18 hari bulan,skuad negara menjadi tetamu kepada skuad vietnam di hanoi..meskipun sukar penyokong malaysia ke sana.!namun keikhlasan sokongan rakyat malaysia berjaya dihantar ke hanoi dgn tayangan skrin besar perlawanan siaran secara langsung dari hanoi di BUKIT BINTANG.program anjuran kementerian belia dan sukan itu berjaya merapatkan sorakan penyokong setia malaysia utk dikumpulkan dan dihantar ke hanoi utk mengiringi perjuangan skuad negara.alhamdulillah berkat sokongan ikhlas rakyat malaysia membolehkan skuad negara seri 0-0 seterunya memenangi separuh akhir dgn agreget 2-0.membolehkan kita mara ke final bertemu INDONESIA,pasukan yg telah membenam skuad negara dgn kekalahan 5-1 pada peringkat kumpulan dulu.!! diharap kuasa pemain ke13 dapat terus mengiringi perjuangan skuad negara yg akan turun mempertahankan maruah negara kita pada 26 haribulan ini di BUKIT JALIL dan 29 haribulan di GELORA BUNG KARNO..ayuh satukan sorakan kita utk kejayaan MALAYSIA di piala aff suzuki ini!!!!MALAYSIA BOLEH!!!!..
10 Disember 2010
siapa rase cerita hantu kak limah balik rumah best sile angkat tangan macam saye!!

9 disember melihatkan sutradara mamak khalid kembali menggila dgn garapan cerita beliau yg terbaru berjudul "hantu kak limah balik rumah".niat hati nak la pi tengok cite nie.tapi apekan daya "big cinema" sitiawan tak la pulak ambik cite nie utk ditayangkan.geram pon ade rasenye..punye la semangat nak tengok,alik2 x ditayangkan kat sini."kay sini tak amik la adik,nak tengok kat ipoh ade"kate abang india kaunter wayang tu la..ayo yo!!nak kene pegi ipoh baru leh tengok cite nie ker?..takpe la,tengok trailer die pon jadi la..sape2 yg dah tengok tu kalau rase cite nie best silele angkat tangan macam saye!!!
lotus vs lotus




perkabaran terbaru dunia formula satu agak memeningkan kepala.perkabaran terbaru mengatakan akan wujud dua pasukan yg menpunyai nama yang sama iaitu "lotus".lebih merumitkan lagi kedua dua menggunakan renault sebagai pembekal engine!.lotus gruop iaitu anak syarikat proton telah membeli pegangan renault dalam pasukan f1 renault menjadikan mereka sebagai pemegang kedua selepas genii capital dari rusia.situasi ini menyebabkan pasukan f1 renault akan mengalami penjenamaan semula dgn dikenali sebagai lotus renault gp bagi perlumbaan sesi 2011.di kem tony fernandes ketua pasukan lotus racing pula memperlihatkan mereka mendapat kelulusan fia untuk mengubah nama pasukan mereka kepada team lotus bagi saingan 2011.maka akan jadilah situasi yg dijangka akan memeningkan kepala peminat2 sukan permotoran ini yg mana akan mewujudkan kekeliruan apabila empat jentera akan berlumba dgn nama lotus-renault tetapi bukan dari pasukan yg sama.berkemungkinan juga akan bertambah keliru para peminat apabila kedua duanya begitu tegas dgn pendirian akan menggunakan warna rasmi pasukan classic lotus iaitu hitam emas sebagai warna rasmi pasukan masing-masing.jika dilihat kepada siapa yg lebih berhak terhadap brand lotus itu,saya berpendapat ia seharusnya menjadi hak kepada lotus group(proton)kerana mereka adalah pemilik asal kepada brand itu.fernandes tidak seharusnya mengatakan mereka berhak terhadap brand itu kerana mereka pada asalnya hanya mendapat lesen dari proton utk menggunakan brand itu bagi memudahkan usaha penarikan pelabur luar melabur didalam pasukan yg pada asalnya diwar warkan akan menggunakan nama one malaysia f1 team.tiada prioriti yg saya lihat condong kearah kem fernandes tentang hak keatas brand ini kerana mereka menggunakan cosworth sebagai engine bagi musim 2010 dan dijangka akan menggunakan renault sebagai pembekal teknologi bagi musim 2011.berbeza dengan kem yg satu lagi..meskipun juga menggunakan renault sebagai engine,pasukan itu masih lagi lotus kerana teknologi yg digunakan adalah dari lotus engineering.jadi seharusnya fernandes akur dgn kenataan itu..satu lagi dalil yg sepatutnya fernandes terima adalah,team lotus lahir di norfolk bukannya di malaysia!!seharusnya fernandes kembali kepada idea asal penubuhan pasukannya iaitu mengangkat nama malaysia dalam sukan permotoran ini,kembalikan harapan rakyat yg diajanjikan nama malaysia diangkat dalam sukan ini bukannya lotus.biarkan nama itu digunakan oleh orang yg lebih berhak.
09 November 2010
akan terus hanyut bangsaku bersama keheningan malam..
dewasa kini sering kita dengar bahawa masalah sosial telah menjadi semakin membimbangkan..mana kes buang bayi nye,plajar sekolah larikan diri ikut kekasihlah,pergaulan bebas dan macam2 lagi masalah..sedang ramai antara kita bersusah payah memikirkan jalan yang sesuai menyelesaikannya,sebuk pula segelintir pihak cuba menanbah masalah..terkejut jugak aq bila terbaca cadangan pihak2 berwajib yang akan menjadikan negara kita yang dicintai ini sebagai hub hiburan malam!!tidakkah mereka terfikir dengan terlaksananya dasar mereka itu akan menambahkan lagi bisa dalam kalangan masyarakat?..adakah wajar kesantunan sosio budaya masyarakat dicabul hanya untuk kepentingan menjana ekonomi?..jika wajar kata mereka,tidak terfikirkah mereka bahawa sesuatu tamadun itu terwujud dengan kesantunan budaya masyarakatnya!...cuba kita bayangkan jika dijalankan dasar ini,memang ekonomi negara akan berkembang dgn pesatnya tetapi itu bukan untuk tempoh masa yang panjang..dan apabila goyahnya kesantunan budaya masyarakat bukan sahaja ekonomi yang merudum tetapi tamadun ini sendiri turut akan menerima implikasi yang teruk..jadi aq merasakan cadangan ini tidak seharusnya terus dijalankan kerana ia dilijhat akan memberi tanggapan negatif dunia keatas tamadun kita yang berpaksikan islam sebagai pegangan!!...cukup dengan penganjuran islamic fesyen fastival yang cukup menghina kesantunan tamadun ini jangan ditambah lagi..jangan sampai negara ini digelar las vegas asia atau holywood asia dan lain2 tempat setan bertandang baru kita mahu memuhasabahkan diri..
18 Oktober 2010
rakyat akan kenyang dengan banggunan 100 tingkat.
jumaat lalu telah mencatatkan satu sejarah apabila rakyat disajikan dengan hidangan perkhabaran indah bahawa kerajaan akan memberikan bonus kepada rakyat bukan hanya dengan sebulan gaji,dua bulan gaji mahupun tiga bulan gaji,tetapi rakyat akan menerima sumbangan istimewa kerajaan iaitu bonus dalam bentuk longgokan batu-bata setinggi 100 tingkat.ini dilihat sebagai niat baik kerajaan yang mana memberikan rakyat lebih daripada apa yang mereka kehendaki.rakyat khususnya kakitangan awam hanya memohon perkenan pihak kerajaan memberikan mereka peruntukan 3.1 billion dalam bentuk bonus satu bulan gaji,rakyat umpaya menerima durian runtuh kerana 3.1 billion diminta 5 billion diberi.cuba bayangkan bertapa kenyangnya rakyat apabila projek ini diagihkan kepada seluruh rakyat malaysia ini?.bukan itu saja niat baik kerajaan.pihak kerajaan juga telah menampakkan keperihatinan mereka dengan menguar-uarkan bahawa segala bentuk keperluan asas seperti beg tangan,kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam,seluar luar dan dalam serta kelambu malam pengantin akan dikecualikan duti import sekaligus menyebabkan kos untuk mendapatkan keperluan asas ini dapat diturunkan.niat baik ini dilihat dapat membantu rakyat hidup didalam kekenyangan.kerajaan juga mengatakan barangan lain yang tidak memberikan faedah kepada rakyat tidak akan menerima pengecualian duti import sebagaimana keperluan asas yang tercatit diatas.antara barangan tersebut adalah cili merah,kentang,kobis dan sebagainya.ini terjadi kerana barangan itu bukanlah keperluan dalam kehidupan rakyat,ia hanyalah kehendak.rakyat diharap tidak akan membantah ucaha murni ini kerana rakyat begitu memerlukan banggunan 100 tingkat dan pakaian luar dan dalam untuk meneruskan hidaup bukan cili,kentang,kobis dan barangan mewah lain....
Langgan:
Ulasan (Atom)