masyarakat seringkali berpendapat hari valentine adalah hari untuk memperingati kekasih tanpa mencoba untuk memahami konspirasi disebalik hari tersebut. hari yang mana anak-anak muda begitu leka dibuai kenikmatan hari tersebut tanpa menyedari bahawa mereka telah terjerumus kedalam mukadimah kemaksiatan.penyaduran budaya yang berlaku ekoran interaksi antara tamadun manusia menyebabkan makna sebenar disebalik peristiwa itu ditafsirkan dalam berbagai perspektif.umum berpendapat bahawa hari valentine ini adalah hari untuk memperingati kekasih.
14 FEB setiap tahun menyaksikan ribuan anak muda terjerumuh kelembah maksiat gara-gara begitu taksub akan tafsiran songsang bahawa tanggal ini adalah tanggal azimat untuk mereka melafas dan menzahirkan rasa cinta mereka pada kekasih hati mereka.
adakah kita memahami makna disebalik tanggal ini?.
ada berbagai versi pendapat yang membincangkan asal usul hari valentine ini. dan kesemuanya dilihat boleh mendatangkan aplikasi negatif kepada ummat islam dengan merosakkan akidah ummat.
pendapat pertama.
Valentine jelas berkait-rapat dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.lalu nama beliau diabadikan diatas ketabahan beliau mempertahankan cintanya.
pendapat kedua.
ada yang mengaitkan hari valentine dengan perayaan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah peti. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
pendapat ketiga,
Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Tmadun Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
pendapat keempat,
menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa istilah "Valentine" adalah berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi". pendangan tersebut adalah pandangan yang dilontarkan oleh Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It?.
jadi jelaslah bahawa hari tersebut adalah satu hari yang membawa jutaan rahsia yang mana rahsia itu merupakan cara musuh islam mengotorkan kesucian islam dan membawa ummat islam ke lembah kemaksiatan!!
Wallahualam bi shawab