18 Oktober 2010
rakyat akan kenyang dengan banggunan 100 tingkat.
jumaat lalu telah mencatatkan satu sejarah apabila rakyat disajikan dengan hidangan perkhabaran indah bahawa kerajaan akan memberikan bonus kepada rakyat bukan hanya dengan sebulan gaji,dua bulan gaji mahupun tiga bulan gaji,tetapi rakyat akan menerima sumbangan istimewa kerajaan iaitu bonus dalam bentuk longgokan batu-bata setinggi 100 tingkat.ini dilihat sebagai niat baik kerajaan yang mana memberikan rakyat lebih daripada apa yang mereka kehendaki.rakyat khususnya kakitangan awam hanya memohon perkenan pihak kerajaan memberikan mereka peruntukan 3.1 billion dalam bentuk bonus satu bulan gaji,rakyat umpaya menerima durian runtuh kerana 3.1 billion diminta 5 billion diberi.cuba bayangkan bertapa kenyangnya rakyat apabila projek ini diagihkan kepada seluruh rakyat malaysia ini?.bukan itu saja niat baik kerajaan.pihak kerajaan juga telah menampakkan keperihatinan mereka dengan menguar-uarkan bahawa segala bentuk keperluan asas seperti beg tangan,kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam,seluar luar dan dalam serta kelambu malam pengantin akan dikecualikan duti import sekaligus menyebabkan kos untuk mendapatkan keperluan asas ini dapat diturunkan.niat baik ini dilihat dapat membantu rakyat hidup didalam kekenyangan.kerajaan juga mengatakan barangan lain yang tidak memberikan faedah kepada rakyat tidak akan menerima pengecualian duti import sebagaimana keperluan asas yang tercatit diatas.antara barangan tersebut adalah cili merah,kentang,kobis dan sebagainya.ini terjadi kerana barangan itu bukanlah keperluan dalam kehidupan rakyat,ia hanyalah kehendak.rakyat diharap tidak akan membantah ucaha murni ini kerana rakyat begitu memerlukan banggunan 100 tingkat dan pakaian luar dan dalam untuk meneruskan hidaup bukan cili,kentang,kobis dan barangan mewah lain....
Langgan:
Ulasan (Atom)