07 Ogos 2010

apabila dunia bergerak kebelakang!!

adakah dunia ini bergerak ke belakang?jika dilihat dalam konteks fizik,jelas ia adalah satu yang mustahil terjadi...namun jika dilihat dari aspek spiritual atau kerohanian ia adalah satu perkara yang telahpun terjadi,kita sedia maklum bahawa dunia kian menua..zaman dunia ini semakin menghampiri garisan penamatnya,dan disebalik garisan atau sempadan itu akan wujud satu lagi dunia yang akan kekal abadi..jika pergerakan dunia dikira sebagai peredaran positif masa,jelas kehidupan kita kini adalah menentang kepositifan masa..dunia kian menua dan menghampiri pensempadanan dunia namun kehidupan kita dengan pantasnya bergerak menjauhi ia..kehidupan kita kini seakan ingin kembali ke zaman permulaan dunia..sebagai bukti situasi ini cuba kita imbau kembali pada zaman jahiliah yang mana wanita hanya dilayan sebagai satu lambang keteguhan kejantanan seseorang lelaki atau boleh juga kita kelaskan sebagai objek sex bagi lelaki tersebut..kedudukan wanita adalah sehina hina kedudukan disisi masyarakat pada zaman jahiliah..kedatangan islam telah mengubah sosiokehidupan masyarakat sekaligus mengangkat martabat wanita ke semualia mulia kedudukan..jika dilihat dengan logik akal sudah semestinya kedudukan mulia ini ingin dikekalkan oleh semua insan,namun ia tidak terjadi dalam kalangan kita..kemuliaan taraf yang diunjjurkan islam tidak berjaya dikekalkan,malah lebih menyakitkan lagi wanita sendiri merelakan kedudukan mereka dihinakan..perhubungan luar nikah makin berleluasa,aurat yang mana selama ini adalah mahkota setiap wanita makin didedahkan untuk ditatap dengan percuma oleh kaum adam,kelembutan dan kesopanan yang dulunya adalah satu akhlak yang perlu ada dalam diri setiap wanita kini kian ditinggalkan..pernah satu ketika di indonesia golongan wanita di indonesia menentang pengharaman kerajaan untuk berbogel dalam sebarang aktiviti seni.mereka berhujah bahawa berbogel untuk seni itu bukanlah satu kesalahan dari sisi undang2..ini juga kian menular dalam negara kita.penggiat2 seni makin lantang berhujah ia perlu untuk memaparkan mesej dalam karya itu..adakah ia satu yang mendesak sehinggakan kejahilan digunakan hanya untuk mendapatkan kebaikan yang belum pasti akhirnya?jangan kerna hendak memaparkan aplikasi negatif zina kepada masyarakat dipaparkan rentetan penzinaan itu,jangan untuk menyekat gejala judi,dihalalkan judi atas nama kebajikan...jika kini itu semua terjadi,adalah satu yang tidak mestahil semua kebatilan lain akan dihalalkan..dan bilaman ini terjadi,maka jelaslah bahawasanya kehidupan kita ini adalah kian kebelakang dan bergerak menentang titik kepositifan dunia yang kian menua...renung renungkanlah...